Polisi

Terma & Syarat

Terma ini terpakai untuk semua pembelian, repair, ansuran dan trade-in di TRENDMALAYA GROUP SDN. BHD. (TrendMalaya), sama ada di cawangan, melalui WhatsApp atau melalui website ini.

Kemas kini terakhir: November 2026

1. Harga dan stok

Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga dan stok boleh berubah tanpa notis. Harga muktamad ialah harga yang disahkan oleh staf kami semasa pesanan atau pembelian.

2. Pesanan melalui website atau WhatsApp

Pesanan yang dihantar melalui website atau WhatsApp hanya sah setelah disahkan oleh staf kami. Kami berhak menolak atau membatalkan pesanan jika stok tidak mencukupi atau terdapat kesilapan harga, dan sebarang bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan.

3. Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad, pindahan bank, e-dompet atau kaedah lain yang diterima di cawangan. Barang hanya diserahkan atau dihantar setelah bayaran penuh diterima, kecuali bagi pembelian secara ansuran. Semua pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan untuk bayaran balik.

4. Ansuran dan Buy Now, Pay Later

Permohonan ansuran tertakluk kepada kelulusan pihak pembiaya (contohnya AEON Credit, JCL, SPayLater, Atome dan lain-lain) serta terma dan syarat pihak tersebut. Kadar, tempoh dan bayaran bulanan ditentukan oleh pihak pembiaya.

5. Trade-in

Anggaran harga trade-in yang diberi melalui WhatsApp atau website hanyalah anggaran. Harga muktamad ditentukan selepas pemeriksaan fizikal di cawangan. Pelanggan mesti merupakan pemilik sah peranti, dan peranti mesti bebas daripada iCloud / akaun Google serta tidak dilaporkan hilang atau dicuri.

6. Repair

7. Warranty

Butiran penuh dan senarai kerosakan yang tidak dilindungi: Polisi Warranty & Pemulangan.

8. Had tanggungan

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tanggungan kami terhad kepada nilai barang atau servis yang dibeli. Hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 tidak terjejas.

9. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

10. Hubungi kami

TRENDMALAYA GROUP SDN. BHD. (202601039698 (1701793-M)), No 55, Jalan Maharaja, Pusat Bandar Baru, 34200 Parit Buntar, Perak. E-mel: adminhq@trendmalaya.com.